Bersiar-siar di Taman Burung di Seberang Perai dan Bukit Merah Lake Town Resort

By Abdul Razak on 6:28 AM

comments (0)

Filed Under:

Pada hari ini, Zak dan wife zak pergi ke Taman Burung di Seberang Perai. Ini kali pertama zak drive jauh dari Taiping. Dan zak juga tak berapa tahu tentang jalan menuju ke Taman Burung. Sebelum ke Taman Burung, Zak sempat survey jalan ke Taman Burung di Internet. Dalam perjalanan ke Taman Burung zak dan wife zak berhenti di tempat rehat gunung semanggol untuk makan tengahari. Sempat jugak kami menangkap gambar kenangan di tempat rehat Gunung Semanggol. Selepas menikmati makan tengahari kami meneruskan perjalanan ke seberang perai tempat terletaknya, taman burung. Selepas melepasi tol, cabaran bermula bagi zak.hehehehe..bukan apa zak kena cari jalan Todak tempat terletaknya taman burung. Seperti yang zak jangka, kami memang tersesat. Seperti kata pepatah kalau malu bertanya sesat jalan. Memang zak mengakui kalau zak tak tanya maka zak akan terus sesat. Kami berhenti di kedai berhampiran dan bertanya semula mengenai jalan ke Taman Burung. Baik sungguh orang yang kami jumpa. dia menjelaskan jalan nak ke taman burung dengan landmark memudahkan perjalanan kami ke Taman Burung. Akhirnya, kami sampai juga ke taman Burung yang terletak di jalan todak.

Pose cantik Ayisha di Hentian Gunung Semanggol....

Zak pun mahu juga pose di Hentian Gunung Semanggol.....

Kenangan bersama di Hentian Gunung Semanggol.....

Ini tiket masuk ke Taman Burung Penang. Harga untuk orang dewasa ialah RM15 tapi zak rasa memang berbaloi harganya.




Antara burung yang terdapat di Taman Burung...

Kebanyakkan Burung disini tidak dikurung dalam sangkar...itu yang agak menarik tempat ni..

Zak bergambar dengan burung Flamingo....

Ayisha bergambar dengan burung Flamingo...

Zak dan wife berlatarkan burung Pelican... Burung Pilikan ini bebas bergerak, tapi kena berhati-hati dengan burung ini kerana burung ini suka kejar orang...

Tempatnya sunguh nyaman dan indah...




Zak dan wife zak berlatangkan rusa yng sangat jinak... Pengurusan Taman Burung juga menyediakan makanan yang boleh dibeli untuk diberikan kepada rusa...




Zak dan wife zak berlatangkan burung helang...bunyi burung helang memang kuat....sakit gak telinga kalau dengar lama-lama..


Ini pula iguana ...menariknya selalunya zak tengok iguana dalam keadaan warna hijau tapi iguana ini berwarna oren ke coklat...


Burung Kakak tua yang zak belai tu memang manja dan boleh bercakap 'Hello' setiap kali kita berkata hello kat burung tersebut....

Burung hantu yang zak belai ini memang manja sangat..mana tidaknya setiap kali zak belai, burung tersebut akan mengerak-gerakkan badan seperti menari...memang seronok sangat layan telatah burung hantu ni...

Ini cenderahati yang zak beli dari Taman Burung... Comelkan...sekali pandang mcm real pula zak rasa.......











Part ini yang paling zak suka. Ada pertunjukkan burung di taman ni..Pertunjukkan bermula pada jam 3.30ptg..apa yang menarik ada beberapa burung akan menunjukkan kehebatan mereka dalam dalam pertunjukkan yang diadakan. Selepas pertunjukkan itu semua yang menonton pertunjukkan tadi boleh menangkap gambar kenang-kenangan di Taman Burung tersebut.Memang seronok sepanjang berada di taman Burung.




Selepas melawat taman burung, destinasi seterusnya ialah Bukit Merah Lake Town. Saje nak makan angin disana pula.Sesampai Bukit Merah, kami terus ke gerai makan untuk mengisi perut kosong kami. Tetapi kat sana tak boleh beli makanan terus dari gerai. Kita kena beli kupon dulu di kaunter khas yang terletak di tengah2 gerai makan di situ. Setelah mengisi perut dengan makanan yang pailing tak enak itu, kami pula berjalan-jalan di sekitar tasik yang tenag dan mendamaikan. Kami sempat menangkap gambar kenang-kenangan di situ.

Inilah air batu campur kat Bukit Merah. Nampak menarik tak? Zak cadangkan janganlah order Air batu campur..rasanya hampeh... Harganya RM 2.50...rasa tak berbaloi langsung...

Ok cuba teka apa benda ni ? salah ... mesti ingat ini pasembur kan...Untuk pengetahuan semua ini adalah 'chicken chop' Bukit Merah...sedih tak? zak tersangatlah sedih bila tengok "chicken chop'. Sebelum beli pun zak dah tertanya-tanya kenapa harga 'chicken chop' kat sini murah sangat. Masa tu zak dah tak sedap hati nak beli..tapi kerana dah lama tak makan 'chicken chop' zak dan wife zak orderlah. Memang padan muka kami sendiri kerana nak sangat makan chicken chop kat sini.terlupa nak bagitahu harga chicken chop ini ialah RM4.50.

Nampak macam paip air gergasi kan...sebenarnyakalau tengok kat dalam bulatan tu ada banyak duit syilling. Kalau nak tahu, menurut kepercayaan orang kat sini, kalau nak capai hajat fikirkan dan baling ke dalam bulatan tu. Kalau duit tu masuk dalam gelung tu kira hajat seseorang tu akan tercapai kononnya. Bagi zak benda-benda ini dengar boleh, percaya jangan. Terpulanglah kat individu sama ada nak percaya atau tidak.











Ini semua gambar kenang-kenangan zak dengan ayisha sepanjang berada di Bukit Merah Lake town. Setelah seharian berpusing, akhirnya kami pun pulang ke rumah.Banyak kenangan manis yang di perolehi pada hari ini.




Sambutan Hari Raya Aidil Adha 2008

By Abdul Razak on 7:55 AM

comments (0)

Filed Under:

Pada hari ini seperti biasa zak bangun awal untuk mengerjakan sembahyang Hari Raya Aidil Adha Di masjid India Taiping. Selepas balik dari sembahyang raya zak makan masakan mak zak.Menu hari ini ialah Nasi beriani, daging masak kicap dan jelata. Memang favorite zak. Sedang zak makan, anak2 abg omar datang beraya di sini. Dalam jam 3 petang zak dan wife zak pergi ke rumah mak dan ayah mertua zak pula. Kat sana mak mertua masak pelbagai menu untuk 'minum teh'. patutnya kalau minum teh petang menu nya kuih dan teh je tapi mak mertua zak hidangkan puri, puthu mayam, nasi kelapa, lemang, kari ayam, daging masak kicap dan kentang goreng. Memang zak surrender kat umah mak mertua. memang kenyang sangat. Balik dari rumah mak mertua, family kakak zak datang ke rumah pula. Sempat zak bergambar dengan anak-anak buah zak. Memang happy sangat hari ini. Semoga hari- hari yang mendatang pun ceria seperti hari ini.



Sempat gak zak bergambar dengan anak buah zak...


Ini anak abg omar. Sepatutnya ada emmpat orang tetapi seorang lagi tak datang kerana temankan ibunya.


Aksi manja zak dan anak buah zak....

Comelkan anak buah zak ini...baju kurung ini wife zak yang jahit khas buat anak buah nie...



Kecik-kecik dah pandai bawa motor...

Wife zak dengan Zaiton Fatimah....

Ayisha dan Nur Masturah.....

Ini family Abg ayisha....

Zak, wife dan anak buah ayisha bergambar depan rumah ayisha.....

Ayisha, masturah, mak ayisha dan kakak ipar ayisha....

Ayisha dengan ayahnya....



Zak dengan ayah mertua zak...

Ayisha, zaiton, kakak zak dan aiman...

Kakak zak, Zak dan zaiton Fatimah....

Family Kak Zak....

Mak zak dengan cucunya...

Anak buah zak, Ainul Fazeelah dan Tasnim Aisya....


Zak bersama anak-anak kakak zak....