Razak mengajar di Sek. Keb. Kampung Boyan, Taiping Perak. Murid-murid Zak terdiri daripada pelbagai masalah pembelajaran. Antaranya ialah Sindrom Down, Hiperaktif, Autisme, Slow Learner, Cerebal Palsi, dan lain-lain lagi. Mereka ditempatkan di Pendidikan Khas sekolah ini. Pada awalnya zak memang takde confident nak mengajar budak-budak  ni. Yelah zak pada awalnya  tak tahu pun apa yang dimaksudkan dengan  Pendidikan Khas. Setelah  layari internet baru zak tahu apa itu  siapa  itu murid Pendidikan Khas. Pada asalnya zak dah 'give up' kerana zak rasa macam tak yakin zak boleh ajar murid-murid Pendidikan Khas.Tapi ibu zak menyakinkan zak.  Terima kasih yang tidak terhingga buat ibu zak  kerana memberi keyakinan dan semangat  kepada  zak. Pada hari pertama zak lapor diri  di sekolah memang  berdebar-debar. Pada awal pagi  lagi zak dah jumpa dengan penyelaras Pendidikan Khas. Beliau menyakinkan lagi bahawa mengajar murid-murid istimewa ini memang best. Beliau  membawa zak jumpa dengan murid-murid  khas ini. Zak memang terharu kerana murid-murid ini sangat menghormati  zak selaku guru baru mereka.Zak mengakui memang mereka mempunyai masalah tingkah laku yang pelbagai tetapi pada masa-masa ini kita perlu banyak bersabar. Zak  menjadi lebih confident untuk mengajar budak-budak ini. Memang zak akui mereka lemah sangat dalam Kurikulum tetapi mereka juga boleh berjaya seperti murid lain. Bagi zak , zak lebih pentingkan kemahiran-kemahiran seperti urus diri kerana zak mahu mereka berdikari  tanpa mengharapkan bantuan orang lain apabila  mereka  tamat persekolahan.  Setelah hampir 2 tahu n zak berada dalam bidang Pendidikan Khas zak merasakan bidang pendidikan Khas memang unik .  Zak  bersyukur sangat  kerana zak diberi peluang mendidik  murid-murid istimewa ini. Sekarang zak lebih berkeyakinan  dalam mendidik  murid-murid ini. Semoga murid-murid  Pendidikan Khas mendapat peluang untuk terus berdikari dalam masyarakat kita pada hari ini .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 







 





 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 comments for this post