Penyelaras Zak awal tahun 2009 telah pun memberi masa untuk kami guru-guru pendidikan Khas menghias kelas masing-masing dengan kreativiti sendiri. Zak dan wife zak sama-sama berfikir dan akhirnya kami mendapat idea untuk menghias kelas kami dengan hiasan yang diperbuat foam berwarna warni. Hasilnya, Penyelaras bukan sahaja puji hasil kerja zak dan wife zak tapi dia menyeru agar guru-guru lain menjadikan kelas zak sebagai contoh. Memang berasa bangga tapi hasil kerja tersebut bukan hasil zak sorang tetapi wife zak yang banyak membantu. Pujian harus diberi kepadanya juga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments for this post