Kenangan Semasa Mengajar di SMK Laki-laki Bukit Bintang

By Abdul Razak on 8:17 AM

Filed Under:


Gambar ini merupakan gambar kenangan Zak bersama guru-guru SMK Laki-laki Bukit Bintang. Zak mengajar di sekolah tersebut dari tahun 2005 sehingga awal tahun 2007. Banyak kenangan manis semasa mengajar di sekolah tersebut. Guru-guru di sekolah tersebut memang best dan banyak tunjuk ajar kat zak sebagai guru yang masih baru. Terima kasih kepada cikgu Siti Mariam kerana beliau banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada zak. Tidak lupa gak kepada kawan baik zak iaitu Cikgu Wan Shah yang banyak membantu serta menjadi kawan yang begitu sporting sehingga saat ini.


Gambar ini diambil pada tahun 2005 semasa zak terlibat dengan pasukan ragbi sekolah. Zak menjadi guru penasihat kelab ragbi tersebut. Murid-murid zak memang sangat berpotensi dan mempunyai semangat yang tinggi dalam permainan ragbi. Saat yang paling indah bila SMK Laki-laki Bukit Bintang berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan ragbi peringkat daerah Zak tetap bangga walaupun mendapat tempat kedua kerana semangat dan kerja pasukan yang ditunjukkan oleh mereka memang patut dipuji. Malah setelah beberapa tahun SMK Laki-laki Bukit Bintang sekali lagi berjaya mengharumkan nama sekolah dalam sukan ragbi ini. Terima kasih dan pujian patut diberikan kepada En. Tan dari Kelab Cobra yang sanggup melatih murid-murid ini tanpa sebarang bayaran.


Gambar ini pula diambil pada tahun 2006. Sekali lagi zak diamanakan untuk memegang kelab ragbi. Murid-murid zak tidak menghampakan zak sekali lagi. Berkat usaha mereka akhirnya berjaya juga mereka mendapat tempat kedua di Peringkat Daerah. Tahniah buat semua pemain serta jurulatih dari Kelab Cobra.

0 comments for this post