Kenangan Semasa Di Universiti Malaya

By Abdul Razak on 1:20 AM

Filed Under:



Gambar diambil semasa tahun 1 di UM. Memang bergambar sakan masa ni.
Gambar ini di tangkap pada tahun 2 semasa berada di UM.

Gambar ini ditangkap pada tahun 3 di UM. Gambar ini diambil sempena sambutan hari GIS sedunia. Yang memakai ba,ju belang tu kawan baik zak semasa di UM. Nama dia Fendy.



Gambar ini bersama dengan Ybhg. Profesor Dato' Dr. Azizan Bin Hj Abu Samah. Beliau merupakan pensyarah pembimbing zak semasa kami buat kajian lapangan di Hulu Selangor. Beliau seorang yang tegas dan sangat mementingkan kualiti. Memang seronok buat kajian lapangan dengan bimbingan beliau.



Ini pula gambar zak semasa konvokesyen pada tahun 2004. Memang bukan kenangan manis bagi zak pada hari konvokesyen zak. Setiap siswa dan siswi akan menunggu saat manis ini tetapi saat manis ini telah bertukar pahit bagi zak. Keluarga zak kesemuanya ditimpa kemalangan pada hari konvokesyen zak. Pada mulanya zak tak mahu pergi ke konvokesyen tetapi ibu zak paksa zak untuk pergi juga ke majlis konvokesyen. Setelah tamat majlis konvokesyen zak terus pergi ke Hospital Ipoh untuk bertemu dengan kesemua ahli keluarga zak. Hari tersebut merupakan hari tangisan zak, bukan hari bahagia seperti teman-teman lain.Hanya gambar dalam dewan Tunku Canselor je yang jadi kenangan buat zak. Zak tak berkesempatan untuk tangkap gambar kenangan dengan teman-teman seperjuangan yang lain.

0 comments for this post