Dah selesai sambut tahun baru 2009, bererti sesi persekolahan pun akan bermula pada 5.01.2009. Seronok pula rasa nak jumpa anak-anak murid zak. Walaupun tak seramai murid di aliran Perdana tapi zak happy sangat mengajar murid-murid istimewa ini. Tahun ini murid zak berjumlah 31 orang. Ini belum muktamad. nanti ada murid baru yang akan masuk dari semasa ke semasa. Sebagai guru Pendidikan Khas, zak telah pun bersedia dengan peralatan BBM yang boleh menarik minat belajar murid-murid ini. Murid-murid pendidikan Khas sangat tertarik dengan video klip lagu dan bahan berbentuk power point. Murid-murid ini perlu sentiasa diberi BBM yang berlainan. Mereka cepat menjadi bosan jikalau kita mengunakan bahan yang sama dan tidak menggunakan media elektronik dalam P&P. Jom kita kenal-kenal dengan anak murid zak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments for this post