Selamat Tahun Baru 2009

By Abdul Razak on 8:25 PM

Filed Under:

Dalam sedar tak sedar kita telah pun memasuki tahun baru iaitu tahun 2009. Seperti tahun-tahun lepas, setiap orang ada azam baru untuk menjadikan tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Bagi zak, azam tahun baru zak ialah agar berjaya dalam mendidik anak-anak istimewa. Selain itu juga, berazam untuk melanjutkan pelajaran kalau boleh. Zak juga berharap agar dapat cahaya mata secepat mungkin. Teringin juga nak timang anak sendiri. Dan yang penting sekali zak berharap agar dunia kita aman damai tanpa ada sebarang peperangan. Kalaulah azam zak ini semua termakbul, maka zak lah orang paling happy di alam semesta ini. Selamat tahun baru kepada semua kawan-kawan serta kenalan-kenalan dalam blog.



0 comments for this post