Inilah mak ayah zak masa muda-muda dulu. Mereka ini ada hubungan kekeluargaan tapi agak jauh. Masa ni ayah baru datang dari India. Ayah dengan mak zak tak tahu pun yang mereka akan dikahwinkan oleh orang tua mereka.
Gambar ini menunjukkan arwah makcik zak, ayah dan ibu zak. Mereka memang rapat sejak kecil lagi.
Yang kanan tu lah dad zak masa remaja. Masa ini ayah kerja di Sabak Bernam di sebuah restoran saudara.
Ini gambar mak dan ayah zak setelah kahwin. Mereka kahwin pada 1 Julai 1970. Mereka dikurniakan 4 0rang cahaya mata. Dan kini mereka sudah pun mempunyai 8 orang cucu setakat ini.
Ini pula gambar ayah zak dengan bapa mertua zak.Yang berdiri disebelah kanan baris kedua tu ayah zak.yang berdiri disebelah kanan baris dua tu bapa mertua zak. Manakala, yang berdiri di sebelah kiri baris pertama tu abg sulung zak.dan yang berdiri di sebelah kanan abg zak tu ialah abg saudara zak.Ayah dan bapa mertua memang mempunyai hubungan saudara sebelum zak kahwin dengan anaknya.Idea baju tu adalah idea bapa mertua zak.
0 comments for this post