Selepas makan baru baru nak berposing...
Ini wife zak. Dia pun nak gak berposing.
Ini mak zak. Sedang menikmati nasi minyak.
Inilah antara aktiviti lasak yang kami semua kena lakukan. Memang agak gayat tapi bila kita buat sendiri rasa seronok pula.
Gambar ini diambil pada tahun 2005 semasa zak terlibat dengan pasukan ragbi sekolah. Zak menjadi guru penasihat kelab ragbi tersebut. Murid-murid zak memang sangat berpotensi dan mempunyai semangat yang tinggi dalam permainan ragbi. Saat yang paling indah bila SMK Laki-laki Bukit Bintang berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan ragbi peringkat daerah Zak tetap bangga walaupun mendapat tempat kedua kerana semangat dan kerja pasukan yang ditunjukkan oleh mereka memang patut dipuji. Malah setelah beberapa tahun SMK Laki-laki Bukit Bintang sekali lagi berjaya mengharumkan nama sekolah dalam sukan ragbi ini. Terima kasih dan pujian patut diberikan kepada En. Tan dari Kelab Cobra yang sanggup melatih murid-murid ini tanpa sebarang bayaran.
Gambar diambil semasa tahun 1 di UM. Memang bergambar sakan masa ni.
Gambar ini di tangkap pada tahun 2 semasa berada di UM.
Inilah mak ayah zak masa muda-muda dulu. Mereka ini ada hubungan kekeluargaan tapi agak jauh. Masa ni ayah baru datang dari India. Ayah dengan mak zak tak tahu pun yang mereka akan dikahwinkan oleh orang tua mereka.
Gambar ini menunjukkan arwah makcik zak, ayah dan ibu zak. Mereka memang rapat sejak kecil lagi.
Yang kanan tu lah dad zak masa remaja. Masa ini ayah kerja di Sabak Bernam di sebuah restoran saudara.
Ini gambar mak dan ayah zak setelah kahwin. Mereka kahwin pada 1 Julai 1970. Mereka dikurniakan 4 0rang cahaya mata. Dan kini mereka sudah pun mempunyai 8 orang cucu setakat ini.
Ini pula gambar ayah zak dengan bapa mertua zak.Yang berdiri disebelah kanan baris kedua tu ayah zak.yang berdiri disebelah kanan baris dua tu bapa mertua zak. Manakala, yang berdiri di sebelah kiri baris pertama tu abg sulung zak.dan yang berdiri di sebelah kanan abg zak tu ialah abg saudara zak.Ayah dan bapa mertua memang mempunyai hubungan saudara sebelum zak kahwin dengan anaknya.Idea baju tu adalah idea bapa mertua zak.
Ini pula tuk zak dengan mak zak. Cute kan mak zak masa kecik-kecik dulu. Tuk zak ada dua anak perempuan hasil perkahwinan dengan nenek zak. Nenek zak telah meninggal dunia pada tahun 1960an. Kira masa tu arwah meninggal pada usia yang muda. Manakala Tuk zak meninggal dunia pada tahun 1985. Setelah nenek zak meninggal dunia mak dan makcik zak dijaga oleh tuk zak. Menurut mak zak, arwah tuk zak seorang yang tegas dan garang. Beliau juga pentingkan pendidikan mak dan makcik zak. Tetapi mak zak setelah tamat SPM telah dikahwinkan dengan ayah zak. Manakala makcik zak pula mempunyai cita-cita tersendiri setelah tamat belajar. Beliau bekerja sebagai warden penjara. Kini makcik zak sudah tiada lagi di bumi ini. Arwah telah meninggal dunia pada tahun 1998. Arwah mempunyai 4 orang cahaya mata. Mereka terdiri daripada Syed Nasir, Sharifah Nur, Syed Azman dan Sharifah Zarina. Mak zak pula mempunyai empat orang cahaya mata . Mereka terdiri daripada Omar Khan , Ommath Rashetha, Rashid Khan dan Abdul Razak.
Ini pula gambar masa mak zak belajar di Convent Taiping. Inilah satu-satu gambar yang masih disimpan lagi oleh ibu zak. Gambar-gambar lain semua ntah hilang ke mana.
2. Ini merupakan "Graduation Day " di tadika Anne, Taiping. gambar ini di tangkap pada tahun 1984 semasa zak berusia 6 tahun.Gambar dah hampir rosak kerana tidak di jaga dengan elok. Gambar kenangan bersama-sama guru dan rakan-rakan sekelas pula telah tercicir.
3. Gambar ini merupakan masa " Graduation Day " di Universiti Malaya pada tahun 2004. Ada perbezaankan dengan gambar semasa 1986.
4. Ini pula gambar Graduation wife zak pada tahun 2008. Walaupun Zak tak dapat pergi konvokesyen dia tapi zak tetap ambil gambar kat studio untuk dijadikan kenang-kenangan.Wife pula graduate dari Universiti Kebangsaan Malaysia.